Selamat Datang Ke Blog Kelab Basikal Penjara Simpang Renggam Johor





JABATAN PENJARA SIMPANG RENGGAM

                        Jabatan Penjara Simpang Renggam Johor,terletak dalam Dearah Kluang dengan bacaan map Google Coordinate 1.846243.  103,338686 di bawah Tadbiran JABATAN PENJARA MALAYSIA diantara 30 buah Penjara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan kekuatan anggutanya 600 orang.Peranan nya mengawal dan memulih pesalah sehingga dibebaskan.


                 Tujuan blog Kelab Basikal Penjara Simpang Renggam  (KBPSR) diujutkan adalah untuk memberitahu tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli-ahli KBPSR sebahagian daripada cabang sukan yang diminati oleh Pegawai,kakitangan serta keluarga kakitangan sendiri, selain sukan lain seperti bola sepak,takraw, badminton dan lain-lain

              Kelab Basikal Penjara Simpang Renggam Johor mempunyai kekuatan ahli seramai 35 orang,bergerak active dengan memasuki mana event,charity ride,fun ride,kayuhan silatulrrahim dan membuat kerja amal seperti membesihkan, kubor sekolah dan lain-lain.bagi tujuan dan misi Kelab Basikal Penjara Simpang Renggam mendekati,mendampingi masyarakat dengan cara berbasikal.

              Ini terbukti apabila buat kali keduanya Jabatan Penjara Simpang Renggam Johor telah menganjurkan Spg Renggam 2nd s2h Prison Jomboree 2013 pada 30 june 2013 telah dihadiri oleh 1100.00 penyertaian telah memberi sokongan padu pada event kali ini.Rider-rider dari seluruh Intituasi Penjara Malaysia (kecuali sabah dan sarawak) individu- individu,kelab-kelab Basikal dari dalam dan luar Negara seperti Australia,Itali dan 25 peserta dari Penjara Changi Singapore ada turut sama memeriahkan lagi event ini.

                        Menurut kata seorang wartawan dari ASIA MAGEZINE Encik Sharil dari Muar Johor, selama beliau bertugas sebagai wartawan,ini lah kali pertama beliau dapat peluang masuk dalam kawasan penjara untuk membuat liputan tentang event ini. Selama ini beliau hanya melihat penjara dari luar tembok sahaja dan katanya lagi, beliau nampak apabila pendekatan Jabatan Penjara Malaysia mendekati  masyarakat serta komitment kakitangan Jabatan Penjara Simpang Renggam menganjurkan event yang besar.